Blogger Templates

stalkers =3

Wednesday, July 24, 2013

Hello

Assalamualaikum!!!
look who is here? 
ifaa is back!
isabella is back!
*dancing*
after more one year I'm dissappear from this baby bloggie
lol
haha :D
okay.
blog neh dah jadi baru sikit
dah tak semak dengan segala widget2 yang tah pape
haha
dah bertukar jadi warna biru + pink
and gambar nazif dekat sidebar tu pun dah delete
bertapa sedihnya nak delete gambar tu
tak sanggup kot
cedih betul nak padam gambar dia
haha
okay dah
stop sedih
hmm...
sekarang neh dah bulan puasa :)
tapi dah berapa hari puasa pun aku taktau
hihi
teruk kan?
k teruk :3
hahahahaha
k actually taktau nak tulis apa neh
so duk merapu ikut tangan jaa
haihhhh
so far aku tak tinggal lagi puasa 
*bangga*
hahahaha 
harap2 boleh puasa penuh lah tahun neh :3
InshaAllah :)
hmm, 
rasanya takat neh je kot nak tulis pun
sebab taktau nak tulis apa dah
haha
wait for my new entry okay?
I want to update about the camp that I went last year
'Kem Bina Sahsiah 2012' 
wait okay?
wait!
wait! 
I said, wait!
haha
okay 
byee peoples


Wednesday, April 25, 2012

Mencikk ini --"

hai , haritu kan , aku pegi library dengan bestpreng aku , Zulaikha and Amiza. and jumpak Nazif and the geng Daneal , Syafri dgn Faisol :) ahh , biasa ah tuu jumpak dengan budak laky :)  actually mmg dah rancang benda nehh , pegi library nak buad bagi elemen 1 sejarah kat Nazif. okay nevermind.. sharing is caring okayy ? :P hahaha :D tapi , bila jumpak . malu malu malu malu ! hahaha :D kawan kawan nazif suma banyak cakap .. peramah gile sampai ajak tangkap gambar , mintak nomber tipon semuaa :P haha :D okay , tak kisah punn . tapi , bila dah balek tuu , hahahadoiiiii~ ada gosip kott , mengatakan aku neh pegi dating dengan nazif , aku neh awek nazif , apaa nehh woiii.. please lha weii , kami kawan je kott. salah ehh nak hangout dgn kawan sendiri ? ahh , ketinggalan zaman+kolot betol sape yang buad gosip murahan nehh . cibaiiii lu ! dumb ! asshole ! fuck it ! eeeeeeeeeeee ! *hempuk laptop sebab geram* .. pastuu nazif pulak ada orang fitnah dia dok layan aku kat library tuu , gila ka woiii ! kami nak cakap pun malu malu .. please lha weii , jangan dok tuduh orang secara membabi buta boleh takk ? lain lha kau tengok dengan mata kepala kau sendiri kann ? neh kau sendiri dengar dari mulut barua lain :) suka hari makbapak kau je nak fitnah dia.. haiss ! aku marah neh bukan sebab ape , tapi sebab terkait dengan nama aku sekali --" untok orang yang duk buad gosip murahan and fitnah tuu , siap ah kau aku cincang cincang kau , bubuh kau dalam blender mak aku , then blend kau sampai hancuss ! cekik cekik kau sampai mati , pijak pijak kau sampai penyek ! ahhhh ! kbye ! --"

Merentas Desa

haii ^^ lamanyaa tak update blog ! neh gara gara PC gua rosakk ah :P neh pun pinjam lappy brader gua :P hahaha :D *kalau dia tau mati aku* hahaha :D okay , actly , aku nak upload picture masa merentas desa .. tarikh bila , tak ingat dahh . sebab dah lama merentas desa tuu dia adakan

Tarikh : soryy tak ingat :P 
Tempat : Padang Kilat , Perai , Pulau Pinang , Malaysia. 
Waktu : 6.00pagi - 12.30tengahari.


sebelum mula lari , and selepas buad Aerobik :)



tengok muka Amiza (paling kanan) , kalau snap picture mesti buad reaction mcmtuu :P HAHAHA :D

no komenn :P

aku tahu muke aku pucat , neh sebab tak breakfast , then lariii !!!! hahaha :D penat kott


makang timee :) 

zulaikha memang takboleh berpisah dengan Compact Powder and iPod Shuffle dia tohh :)

masa balik , tengah tunggu bas datang ..

Ashikin buad macam kiteorang mintak sedekah jee , hahaha :D actually , dia tengah bagi duit tuu ..


neh jee pict yang boleh gua upload , haha :D yang lain lain tuu ada dalam pendrive .. neh yang ada salam handphone .. sikit jerr :) okay byee ! muah muah ! :*


Tuesday, February 7, 2012

HOMEWORK'S' :'(

HAI and assalamualaikum !
haishh ~
homework banyak kott , esok dah nak sekolah
math , science , bm , bi , khb .
adodooiii~
neh lah sebab kenapa aku takmau p sekolah ,
nak berhenti sekolah semua
hanya sebab homeworks !
taksuka lha , nak bagi tuu sikit sikit sudah lha
neh macam nak cuti berminggu minggu , padahal 5hari ja cuti
tapi , takpa lah
aku redha , sebab tahun neh aku PMR -,-"
apeepuntakboleh
hmm , k lah , taktau nak tulis apa lagi dah
semalan entri punya panjang , harineh sikit jaaa
nak sambung buad homeworks yang bertimbun timbun tuhh
babaii ^^ lebiuu <3

taktahu nak letak tajuk apa. HAHAHA :D

 assalamualaikum
selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua kawan kawan dan kaum kerabatku :)
hahaha :D
K dah macam nak ucap forum dah nehh
hmm
ehh , korang dengar tak lagu dalam blog aku nehh ?
lagu Izwan Pilus - Indah Lelapku
dohhh , first time dengar lagu neh terus suka :)
tapi waktu tuu , aku taktau tajuk apa , cuma aku boleh agak penyanyi dia.
haha :D
last sekali , cari punya cari kat internet . google punya google last last dapat gakk tajuk lagu neh
hahaha :D
aku pun taktau macam mana boleh suka lagu nehh :)
tapi bila aku dengar lagu nehh aku teringat kat someone yang aku penah admire gila gila! kat dia punya senyuman.
alahaiii~ sweet ohh tengok dia senyum.
seriously , aku boleh terpukau tengok dia senyum. haha :D
K aku memang teruk .
kawan aku suma pakat cakap aku gila ,
sebab bila aku tengok ja dia senyum mesti aku tak tentu arah
hahahah :D
nak buad cana , bukan aku yang mintak nak jadi lagutuu.
tapi kann ,
setengah orang cakap dia handsome , setengah orang cakap biasa biasa ja -,-"
aku neh kira termasuk dalam golongan tengah tengah sebab kadang kadang aku nampak dia handsome , kadang kadang tak handsome
hahahaha :P
urmm , dulu boleh ah aku tengok dia senyum depan aku
sekarang neh tak dahh
sebab aku dah gaduh dengan dia..
urmm , dalam 2 tahun lepas
27.9.2010
hahaha :D
aku ingat tarikh tuu sebab 3hari sebelum puasa :)
taksilap aku kami gaduh pun atas sebab aku lah ,
tapi sebab apa aku taktau.
dah lupa
nak tau nama dia ?
K nama dia Mohd Asraf :)
aku ingat nak link kan Direct link Facebook dia kat nama dia tuhh
tapi , tak jadi ah .
hahaha :D
First , sebab dia tak friend dengan aku 
Second , sebab aku malas nak bukak profile dia
Third , aku takut orang kenai sapa dia , tapi kalau yang dah kenai tu takpa laa 
tapi kita diam diam sudah nohh :)
syhhhh~ *letak jari kat mulut*
hahaha :3
k tadi besties aku masa sekolah rendah *sekarang neh dia dah pindah duduk kat Perda*
nama dia Shafika Amalin Alissa *aku ada letak direct link facebook dia*
dia datang rumah aku ,
so kami pun lepak lepak ah kat taman , jenjalan kat kampung , naik turun Flat
hahha :D
then , duk mengutuk orang yang lalu lalang kat situ.
kalau aku dengan halimaton duduk dengan ika neh memang boleh tambah dosa :)
sebab keja dok mengutuk orang
bhahaha :D
lepastu , bila dah penat bergelak gelak
depa dok bising nak p kedai beli ayaq
dalam banyak banyak kedai yang ada kat flat tuhh
depa nak p kedai yang kena lalu kat tempat asraf lepak tuh
waduhh waduhh ! >.<
aku dalam hati memang dok doa supaya depa takmo p kedai kot area situu = = "
k shitt ~
depa nak p gak kedai kot situu
hahah
babi wehh , aku dah mencarut dalam hari dah waktu tuu
last last bila aku lalu kat situ .
aku hanya boleh sembunyi belakang halimaton
memandangkan memang badan aku nie kecik dalam geng aku *bukan nak perasan , tapi kenyataan*
hahahhaaha :D
alah , tapi aku tau asraf tu memang dah nampak aku = = "
so aku pun tengok ah dia , halimaton pun sama
fuuuhhhh , gila dohhh
tajam gila dia tengok aku waktu tuu
macam nak makan orang jaa
dengan muka serious nak mati.
aku ?
memang takut jugak ah dia usha lagutuu
jantung aku macam nak pecah dah
haha :D
so , halimaton pun tanya aku ,
kami neh still tak kawan ka ?
aku cuma boleh angguk ja .
halimaton pun perasan gak yang asraf tengok aku dengan pandangan yang menakutkan tuu
maton cakap "takkan lah dia nak taram dendam lagi kot , dah dua tahun kan gadoh?"
haihhh~
mana lha aku nak tau , aku bukan dia
hmm , kalau aku bukannya jenis macam tu ,
aku tak simpan dendam
kalau simpan pun sat jaa
ahaks !
 hmm , k lah . taktau nak tulis apa lagi dah
nak buat homework , lusa dah sekolah. Kbye!

Wednesday, February 1, 2012

haifaaaaaa ! :D



alohaa hawaiii~ xD hikhok. perghh , lame doee tak updete blog -,-" nak edit blog pun dah taktau. pening kepala bila tengok coding dia, baca tulisan tamil pun tak pening macamtuu. teserlah keBABIan aku bila nak edit blog tadi.. haha :D tak caya?! tengok ah blog aku dah jadi apa -,-" macam 'kimak' lagi. hewhew~ kenapa aku asyik nak mencarut aje neh? ayoyo~ bawak mengucap lha .. hewhew.. okay. tajuknye HAIFAAAAA ! :D. tapi aku dah lari tajuk cerita pasal kebabian aku tu -,- haha :P okay , ekceli aku nak citew pasal sorang kawan aku yang nama haifa neh. tapi , aku tak brape tahu lah latar belakang dia sumer. hikhok! (oo) aku nie teruk sikit -,-' hihi! emm , tapi yang aku tau , haifa neh nama betui dia Nur Haifa Husni binti Nasir. umor dia sama dengan aku ah.. 15 years young. mude lagi you alls ! ahaks~ dia sekolah kat SMK Dato Onn Butterworth *budak pandai je boleh masuk* *budak kureng macam aku nie tak layak sama sekali* hahaha :D i mean , kerusi dengan meja tak cukup. hahahahha :D k aku gila t-,-t dia duduk kat...... err~ yang neh aku taktau. hahak. nak tau tanye dia sendiri.. *saye bukan kaunter pertanyaan* aku kenal dia pun melalui kawan aku yang gila sikit. nama hanis suzana. aku dah pernah cerita dah pasal hanis neh dulu. kau ingat tak ? . hah ?! apee ?! kau tak ingat?! ape kau makan hah?! K nevermind. Emmmm, yang aku tau kenn , haifa nie ade twin a.k.a kembo *loghat johor* hihi , perempuan jugak. nama haifa husna kot -,- aku tak kenal twin dia.. haha adehh~ untunglah ade twin. mesti best. teringin jugak aku. alahhh~ soryy ah sebab takde pict haifa nak tempek kat sini.. dia private pictha album kat facebook dia. aku nak korek kat mana lagi pict dia. cukuplah setakat aku cerita sape gerangan yang bernama Nur Haifa Husnie neh yee?! ^^, haha :D hihi , aku rase takat neh je kodd yang aku boleh cerita pasal si Haifa neh , haha :D bukan malas kay .. aku dah taktau nak cerita apa pasal dia. hahaha :D sebenarnye aku sesaje je nak update pasal haifa neh sebab dia ade mintak link blog aku kat Facebook , tapi aku takperasan pulak . sebab aku tak baca komen wallpost dia kat wall aku tuu. tadi baru aku baca.. haha :D Kbyee~ :** ilupchiuu~

Tuesday, December 27, 2011

tips nak lupekan EX-BF or EX-GF :)



Weeeeeeeeee~~~ Tips ini bagus untuk mereka-mereka yang baru putus cinta. Untuk yang dah lama putus cinta (macam I) pun boleh praktikkan kalau mahu. So, mari kita lihat tips-tips tersebut.

1) Jangan contact dia lagi. Lupakan nombor dia (even it takes time). Tukar nombor baru. Yela. Orang yang tinggalkan kita kadang2 menyesal, lepas tu nak cari kita balik. Untuk elakkan kemungkinan ni, beli nombor baru. Bukan mahal. Murah je :D *Errr memang lah murah dik non oiii tapi nombor I tuh no bisness.. Kekekeke.. Eh tak lah, nombor handphone I tuh, dah berkurun I pakai. Sayang lahhh.. Next tipssss plssss!

2) Lakukan senaman seperti berjalan kaki, berenang mahupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di gimnasium. Selain menyegarkan minda, anda akan mendapat ramai kenalan baru. Beri peluang untuk diri sendiri happy. *Kalau jalan kaki sorang-sorang, nanti kena culik. Tak boleh guna tips ni. Next plsss!

3) Keluar rumah setiap weekend or cuti. Korang boleh pegi window shopping, lepak dengan member member or clubbing (oops). Mana lah tau, bole sangkut dengan mamat wayang ke. eheh. Terperap kat rumah pon wat korang ingat kat dia je kan? *Walaupun dah start cuti semester, mesti mama tak kasik keluar rumah setiap weekend. Sebab kena dok rumah je =.=" So, tips ni tak berkesan. Next plss!

4) Call lah family or member member jauh korang. Dorang lebih amek berat pasal korang dari orang yang dah tinggalkan korang tu. Macam I. HAHA. *Kalau boleh call free tak apa lahh.. Ni kalau call, mesti pakai duit kan? I ni dah lah miskin. Next tips plsss!

5) Hias bilik tidur dengan suasana lain. Agak agak ada frame gmbr dia, atau barang barang pemberian dia, campaklah jauh jauh ye. Takde guna lagi dah benda benda tu. *Semua barang tu beli dengan duit. Ingat senang ke nak carik duit. Haishhh... tak suka membazir tauu! Next tips plss!

6) Busy kan diri. Buat je keje pape. Study walaupun dah abes final exam, kemas rumah walaupun rumah dah kemas. Ape ape jela. Yang penting jangan biar kan diri tu sendirian. Time frust, bila teringat pasal dia, korang akan lagi bertambah sakit hati. Lepas tu nanges. Kan? *Kadang-kadang nangis tu perlu sebab boleh buang habuk dalam mata. Kan kan? Heee.. next tips plsss!

7) Benci lah dia kalau dah susah sangat. Cara ni jela paling terbaikk untuk sesetengah orang. Tekad dalam hati korang dah tak perlu kan dia lagi. Untuk apa? Dia happy dengan orang lain(kalau korang clash di sebabkan orang ke-3), korang nanges nanges. Ish. Buang masa je weh :) Kalau korang dapat dia balik pon, nak ke korang benda yang sama berulang lagi. *Tak baik tau benci-benci orang. Tuhan tak suka. Kita kena sayang semua orang. Kena saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Next tips plssssssssssssssssssssssssssssss!

aikk , dah habis tips?
Kena carik tips lain agaknya ek.
HEHEHEHE.
Tapi kann...
tips ni tak berkesan langsung untuk I,
tak semestinye tak berkesan untuk korang jugak.
Korang still boleh mencuba.
So, good luck! (^^,)
kbai! ❤

Sunday, November 27, 2011

balik kampung ! ==

okay , assalamualaikumm kawan kawan kuu ! <3 hm , okay .. skrang nie dah pukul 4.20pagi . and aku still tak tido . tak mengantuk lagy nie ==" arghhh ! aku dok dengar bantal bantal aku dok panggil panggil nama aku , alangkah nikmatnye kalau aku boley tido sekarang  huhuhu ! okay , sebenarnye , bukan aku tanak tido , tapy aku nak balik kampung lepas subuh nanti .. mamamamama ! akak tanak balik kampung ! nak duduk rumah je  boley tak ? boley tak ? boley tak ? okay , parent aku tak bagi jugak ! WTF (whatthefish) bukannye aku nak mati pun kalau aku sengsorang kat rumah ==" and , kalau tak percaye kat aku sangat , boley je pasang CCTV kat dalam rumah . damn ! kat kampung takde pape lha , bukannye ade kawan pun , cousin cousin aku pun tak balik .. arghhhh ! i will miss my Facebook , Twitter , and my Blog . haha aku cakap macamtu sebab aku takde lappy yang nak usung ke sane ke mari , aku cume ade komputer yang berjemana Acer yang besau gedabak nie .. bukannye sebab kampung aku tu jauh ke hulu sampai takde line internet .. hmm , okay lah babybloggie :) aku nak stop dah nie , dah pukul 4.40pagi nak packing packing baju , aku sorang je yang tak siap lagi , orang lain sume dah letak bag kat tepi pintu . hihihikk . bubyee ! i will miss you for a week babybloggie :'(

Friday, October 14, 2011

Wan Nashrinie Zafri a.k.a Nashrin Zafri ♥

okay , 
anyone ! 
nk tnya sikit boleh ? 
err, 
ade tak sape2 kat sini yg kenal Nashrin Zafri ? 
hohoho ! 
ade tak ? 
haiyoo ! 
okay , x de lha pulak = = " 
okay , try dengar music dlm blog aku nih 
haaa~! 
dengar tak ? 
okay , lagu fobia cinta ♥
auwwww ! 
suka, suka, suka ! 
hahaha . 

okay 
aku buad post nie , 
sebab .. 
I ADORE HIM , AND TODAY , BESDAY DEA MAA~! 
happy beshday abg nashrin handsome ! 
selamat hari tua .

haha . 
emm , 
aku start adore kat dea nie bila aku tgk video fobia cinta ..
handsome gila dea baq hang ! 


haaa ! dea yang pakai baju purple tu ! 
haha , tgk kan ? besday dea cuma kurang 4 hari ja dari beshday aku ..
sama2 LIBRA lha ..

ninoninoninonino ! 
nashrin nak lalu sait ! 
hampaq kapet merah dulu ! 
pasang spotlight ! 
drum please ! 
*gegeh pumpan nie*
...............


haha , cantik dowh rambut dea ! 
mcm api . haha
actly , pic nie aku 'curik' kat mr.google ja . 
hahax ..
okay lah , 
nak tido , dah ngantuk ~ 
ILY nashrin .
hahaha ! 
*mngamok sakan kak farah nurul ain tu *
kbyee ! 

Thursday, October 13, 2011

beshday wishes !

hello ! 
ade orang tak ? 
haha 
okay , blogg~
kau dah tahu kan ? 
hati isnin haritu beshday aku ? 
hihiihi ! 
kena baling tepong kot ! 
sedap tepong tu, 
sbub tepong tu , tepong kek ! 
mmg lha sedap ~ 
okay , aku nk upload pix wishes2 yg aku suka .
actly ade 2 jek , 
tue pun kwan aku yang post kan :) 

nie yg aza wish :)
panjang gila ! 
haha, 
juling mata aku nk baca :) 
mmg terbaek ayat dea , 
bila aku usha balik ape yg dea tulis , 
trasa mcm UNTUNG LAH ADE ORG SAYANG :) 
*untung lah , untung lah , ini ayat arshad * 
haha :) 
curik jap :) 

hihi ! 
emm 
nie pulak wish yg menyakitkan hati aku , hahax ..
cam haremm~
minah nie , aku smbang dgn dea ja msti saket hati ==" 
ayad dea pedas wohh ! 
haha , smpai kaki dea kata aku tua .. 
pastu dok buad2 silap kira umoq aku 
dari 14 jadi 41 
hahax .. 

ukeyy , actly ad lg 1 wishes yg aku PALING , PALING , PALING , PALING SUKA ! 
HAHA! :D
wish daripada ann sahaja a.k.a saiful iqhram ngok ngek . 
hahaha 
tapy dea wish kat dlam handphone , 
bukan dalam facebook ,
so , aku xbleh nak printscreen ..
= = "
kalau tidak bole tunjuk kat hampaa smua ..
hihihi :D
okay lha , aku nk tutup da nie , 
da pukul 12.00am ,
woahh ! 
tepat2 kot aku tengok ! 
hahax 
bubye ! <3


Tuesday, October 11, 2011

Erti Sebuah Pengorbanan ^^ komsas Formtwo :)


Erti Sebuah Pengorbanan
(Zaihanim Abidin)


Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar tingkatan satu.  Setelah bapa dan ibunya bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Iman menyimpan cita-cita yang tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya.  Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah.  Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New Zealand. 
Di sekolah, Iman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang lain.  Namun, Linda sering menimbulkan masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman.  Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain.  Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada pertandingan pidato yang mereka sertai.  Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah. 
                Kehadiran ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman.  Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial.  Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari bahawa Yusri ialah bapa Iman.  Hal ini menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.

                Oleh sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi berkahwin.  Iman kembali mesra dengan ayahnya.   Iman menjadi juara pidato di peringkat daerah.  Pertandingan ini turut disaksikan oleh ayahnya.  Kejahatan Linda terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda.  Namun, Iman memaafkan Linda.

                Berita gembira disampaikan oleh ayah Iman.  Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.

TEMA
Kasih sayang
Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.  Setelah mereka bercerai, Iman ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula. 
 PERSOALAN

1.  Persoalan pengorbanan
     Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin   
     kerana  anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut.  Ayah Iman akur  
     dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.  Adif
     Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.
2.  Persoalan ketabahan
     Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.  Setelah ditinggalkan
     oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya
     tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.  Segala masalah dihadapinya tanpa
     merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.
3.  Persoalan hubungan persahabatan
     Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama
     menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan
     Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke  
     peringkat daerah.
4.  Persoalan taat kepada perintah agama
     Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan memohon doa agar segala apa yang
     dihajatinya tercapai.
 PLOT

Permulaan
Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya.  Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand.  Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan hasrat untuk menyatukan mereka semula.
Perkembangan
Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung.  Mereka sering  bersama-sama ke sekolah.  Pei Wen dan Iman berkongsi suka duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama.  Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.
Perumitan
Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman.  Hal ini menghairankan Iman.  Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya.  Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda.  Linda menyuruh Iman menarik diri daripada pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman. 
Puncak
Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut.  Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang.  Namun dia cekal.  Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.
Peleraian
Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran bagi menghargai kejayaan Iman.  Berita yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.
Teknik Plot

1.     Dialog
      Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.
2.     Kejutan
      Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.
3.     Imbas kembali
      Iman terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.
4.     Suspens
      Pembaca tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri ketika pertemuan mereka di sekolah.
 WATAK PERWATAKAN

Watak Utama

Iman Zulaikha
Ø  Pelajar tingkatan satu
Ø  Penyayang
Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.  Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.
Ø  Gigih
Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.  Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.
Ø  Pemaaf
      Iman merupakan seorang yang pemaaf.  Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
Ø  Berani
        Iman berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan pidato agar memberi laluan kepadanya.
Watak Sampingan

Cikgu Julia
Ø  Merupakan guru kelas Iman Zulaikha.
Ø  Seorang guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.
Ø  Telah banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di sekolahnya.
Pei Wen
Ø  Merupakan sahabat baik Iman.
Ø  Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal dengan emak tirinya.

Adif Danial.
Ø  Merupakan sahabat baik Zulkarnain.
Ø  Rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø  Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.
Linda
Ø  Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø  Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.

 LATAR

Latar Masa
Ø  Pada waktu pagi.
Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.

Ø  Pada  waktu petang.
Selepas sesi persekolahan.
Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.

Ø  Pada  waktu malam.
Hubungan Iman dengan ibunya.
Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.

Latar Tempat

Ø  Sekolah
Tempat  Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.

Ø  Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

Ø  Port Dickson
Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
Ø  Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya di kampung.

Latar Masyarakat

Ø  Masyarakat pelajar
Masyarakat ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.

Ø  Masyarakat kampung
Iman tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.

Ø  Masyarakat yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.


 NILAI


1.     Nilai kasih sayang
Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah.  Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.

2.     Nilai ketabahan
Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah

3.     Nilai kerajinan
Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
 
 PENGAJARAN

1.     Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.

2.     Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.

3.     Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

LATIHAN 


1.  Nyatakan tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin.
2.  Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan.
     Jelaskan tiga perwatakan bagi watak tersebut.

 

 JAWAPAN

1.  Tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin ialah kasih sayang  
     iaitu usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Iman Zulaikha untuk mengeratkan
     kembali hubungan kasih sayang antara kedua ibu bapanya yang telah lama berpisah.

2.  Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel ini. Peranannya berkembang dari
     awal hingga ke kesudahan cerita. Tiga perwatakan Iman Zulaikha ialah
   
     a)  Penyayang.
          Iman Zulaikha merupakan seorang gadis berusia 13 tahun yang sangat penyayang.
          Beliau sangat sayangkan keluarganya. Iman Zulaikha telah cuba berusaha untuk
          menyatukan kembali ikatan kekeluargaan antara emak dan ayahnya yang telah
          berpisah kerana beliau sangat sayangkan kedua ibu bapanya. Akhirnya kedua ibu
          bapanya dapat bersatu kembali.

     b)  Gigih.
          Iman Zulaikha seorang yang kuat berusaha dan gigih dalam melakukan sesuatu
          tugasan yang diberikan guru kepadanya. Buktinya beliau telah gigih berlatih
          bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah dan
          daerah. Akhirnya beliau telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan menjadi
          Johan.

     c)  Pemaaf.
          Iman Zulaikha merupakan seorang yang pemaaf. Dia sanggup memaafkan kesalahan
          kawan sekelasnya, Linda yang telah banyak menyakiti hati dan perasaannya. Dia
          turut memaafkan kesalahan Linda  yang pernah menolaknya sehingga hatuh tangga
          dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.