Erti
Sebuah Pengorbanan
(Zaihanim
Abidin)
Iman Zulaikha merupakan seorang pelajar
tingkatan satu. Setelah bapa dan ibunya
bercerai, Iman berpindah dan tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di
kampung. Iman menyimpan cita-cita yang
tinggi agar dia dapat menyatukan semula ibu dan bapanya. Iman dan Pei Wen merupakan pasangan sahabat
yang rapat sama ada di sekolah atau di rumah.
Kedua-duanya sering mencurah rasa dan sama-sama berbincang bagi
menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Setiap hari apabila sampai di
rumah, Iman akan membaca dan menghantar e-mail kepada ibunya yang berada di New
Zealand.

Di sekolah, Iman merupakan
seorang pelajar yang cemerlang dan sering dikagumi oleh pelajar-pelajar yang
lain. Namun, Linda sering menimbulkan
masalah dan tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Kehadiran pelajar baharu, iaitu Adif Danial
ke sekolah mereka menambah lagi rakan Iman termasuk Zulkarnain. Pernah pada suatu ketika Linda menolak Iman
sehingga terjatuh dari tangga gara-gara Iman tidak mahu menarik diri daripada
pertandingan pidato yang mereka sertai.
Berkat kegigihan dan ketabahannya berlatih, Iman berjaya menjadi juara
dan bakal mewakili sekolahnya dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Kehadiran
ayahnya secara tiba-tiba pada suatu hari mengganggu ketenangan Iman. Ayahnya memberitahu bahawa dia ingin
berkahwin dengan Puan Sofia, ibu Adif Danial.
Ketika berjumpa Yusri di sekolah, Adif Danial terkejut dan menyedari
bahawa Yusri ialah bapa Iman. Hal ini
menyebabkan Adif Danial memberontak dan menjauhkan diri daripada Iman, Pei Wen
dan Zulkarnain tetapi merapatkan diri dengan Linda.
Oleh
sebab kedua-dua anak mereka tidak bersetuju, Yusri dan Puan Sofia tidak jadi
berkahwin. Iman kembali mesra dengan
ayahnya. Iman menjadi juara pidato di
peringkat daerah. Pertandingan ini turut
disaksikan oleh ayahnya. Kejahatan Linda
terbukti apabila dia ditangkap kerana mencuri diari dan teks pidato Linda. Namun, Iman memaafkan Linda.
Berita
gembira disampaikan oleh ayah Iman.
Ayahnya mengajak Iman, datuk dan neneknya pergi ke New Zealand untuk
bertemu dengan ibunya. Hal ini amat menggembirakan Iman.
TEMA
Kasih
sayang
Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu
bapanya. Setelah mereka bercerai, Iman
ditinggalkan bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik
sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat
bersatu semula.
PERSOALAN
1. Persoalan pengorbanan
Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa
mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin
kerana
anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut. Ayah Iman akur
dengan permintaan Iman agar beliau
berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.
Adif
Danial pula belum bersedia untuk menerima
orang baharu sebagai ayahnya.
2. Persoalan ketabahan
Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran
yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan
oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di
New Zealand, dia menyesuaikan dirinya
tinggal dengan datuk dan neneknya di
kampung. Segala masalah dihadapinya
tanpa
merungut malahan dia lebih berazam untuk
berjaya.
3. Persoalan hubungan persahabatan
Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan
sering mencurah rasa serta sama-sama
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan
Iman gigih berlatih untuk memenangi
pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke
peringkat daerah.
4. Persoalan taat kepada perintah agama
Iman sentiasa menunaikan sembahyang dan
memohon doa agar segala apa yang
dihajatinya
tercapai.
PLOT
Permulaan
Iman Zulaikha merupakan pelajar tingkatan
satu yang tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Iman tinggal bersama-sama dengan ibunya
setelah pihak mahkamah memberikan hak penjagaan kepada ibunya. Iman kemudiannya berpindah ke kampung kerana
ibunya melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Namun, kerana kasih sayang terhadap ibu dan bapanya, dia menyimpan
hasrat untuk menyatukan mereka semula.
Perkembangan
Dia amat senang berkawan dengan Pei Wen yang
tinggal bersebelahan rumah datuknya di kampung.
Mereka sering bersama-sama ke
sekolah. Pei Wen dan Iman berkongsi suka
duka dan sering mengatasi masalah bersama-sama.
Iman dan ibunya sering berhubung melalui kiriman e-mail.
Perumitan
Linda, rakan sekelas Iman, sering menimbulkan
masalah kepada Iman kerana Linda tidak mahu berbaik-baik dengan Iman. Hal ini menghairankan Iman. Apabila Cikgu Julia mencari wakil pidato
untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, Linda menjadi pesaingnya. Kemunculan Adif Danial yang berkawan rapat
dengan Iman, Pei Wen dan Zulkarnain tambah menaikkan kemarahan Linda. Linda menyuruh Iman menarik diri daripada
pertandingan tetapi tidak dipersetujui oleh Iman.
Puncak
Iman memenangi pertandingan pidato peringkat
daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang
dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan
tersebut. Dua hari sebelum bertanding,
diari dan teks pidatonya hilang. Namun
dia cekal. Ayahnya turut hadir
memberikan sokongan pada hari pertandingan.
Peleraian
Datuk dan nenek mengadakan kenduri kesyukuran
bagi menghargai kejayaan Iman. Berita
yang paling menggembirakan Iman ialah bapanya bersetuju untuk membawa Iman
serta datuk dan neneknya ke New Zealand bertemu dengan ibunya.
Teknik Plot
1. Dialog
Perbualan antara Iman dan Pei Wen semasa Pei
Wen mengadu tentang ibu tirinya yang sering tidak bersefahaman dengannya.
2. Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan berita bahawa Yusri
ingin membawa Iman berjumpa dengan ibunya di New Zealand.
3. Imbas
kembali
Iman
terkenangkan peristiwa semasa usianya 12 tahun, ibu dan bapanya bercerai.
4. Suspens
Pembaca
tertanya-tanya peristiwa ketika Adif Danial melarikan diri daripada Yusri
ketika pertemuan mereka di sekolah.
WATAK PERWATAKAN
Watak
Utama
Iman
Zulaikha
Ø Pelajar
tingkatan satu
Ø Penyayang
Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan
bapanya walaupun mereka telah bercerai.
Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.
Ø Gigih
Iman gigih berlatih untuk memenangi
pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya
menjadi johan.
Ø Pemaaf
Iman merupakan seorang yang pemaaf. Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah
menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya
sebelum pertandingan.
Ø Berani
Iman
berani menentang Linda yang menyuruhnya menarik diri daripada pertandingan
pidato agar memberi laluan kepadanya.
Watak Sampingan
Cikgu Julia
Ø Merupakan
guru kelas Iman Zulaikha.
Ø Seorang
guru yang bertanggungjawab terhdap semua muridnya.
Ø Telah
banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di
sekolahnya.
Pei Wen
Ø Merupakan
sahabat baik Iman.
Ø Belajar
dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha. Tinggal
dengan emak tirinya.
Adif Danial.
Ø Merupakan
sahabat baik Zulkarnain.
Ø Rakan
sekelas Iman Zulaikha.
Ø Merupakan
pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.
Linda
Ø Merupakan
rakan sekelas Iman Zulaikha.
Ø Suka
menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula
dengan Iman Zulaikha.
LATAR
Latar Masa
Ø Pada
waktu pagi.
Sewaktu sesi
persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di
dalam kelas Linda telah mengasari Iman.
Ø Pada waktu petang.
Selepas sesi
persekolahan.
Contohnya, Iman
menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.
Ø Pada waktu malam.
Hubungan Iman dengan
ibunya.
Contohnya, Iman selalu
berbalas e-mail dengan ibunya yang
berada di New Zealand.
Latar
Tempat
Ø Sekolah
Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif
Danial menuntut ilmu.
Ø Rumah
datuk dan nenek Iman
Tempat
tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
Ø Port
Dickson
Bapa
Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
Ø Kampung
Iman tinggal bersama-sama dengan datuk dan neneknya
di kampung.
Latar
Masyarakat
Ø Masyarakat
pelajar
Masyarakat
ini diwakili oleh Iman, Linda, Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial.
Ø Masyarakat
kampung
Iman
tinggal di kampung bersama-sama datuk dan neneknya.
Ø Masyarakat
yang patuh kepada agama
Datuk selalu bersembahyang jemaah di surau
berhampiran rumahhnya di kampung tersebut.
NILAI
1. Nilai
kasih sayang
Iman
amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi
Iman.
2. Nilai
ketabahan
Iman
tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam
pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah
3. Nilai
kerajinan
Iman merupakan seorang
pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
PENGAJARAN
1.
Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa
walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke
dunia.
2.
Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan
untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.
3. Sebagai
seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
LATIHAN
1. Nyatakan tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin.
2. Iman Zulaikha merupakan watak utama dalam novel
Erti Sebuah Pengorbanan.
Jelaskan tiga perwatakan bagi watak
tersebut.
JAWAPAN
1. Tema novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin ialah kasih
sayang
iaitu usaha dan pengorbanan
yang dilakukan oleh Iman Zulaikha untuk mengeratkan
kembali hubungan kasih
sayang antara kedua ibu bapanya yang telah lama berpisah.
2. Iman
Zulaikha merupakan watak utama dalam novel ini.
Peranannya berkembang dari
awal hingga ke
kesudahan cerita. Tiga perwatakan Iman Zulaikha ialah
a)
Penyayang.
Iman Zulaikha merupakan seorang gadis
berusia 13 tahun yang sangat penyayang.
Beliau sangat sayangkan keluarganya. Iman
Zulaikha telah cuba berusaha untuk
menyatukan kembali ikatan
kekeluargaan antara emak dan ayahnya yang telah
berpisah kerana beliau sangat
sayangkan kedua ibu bapanya. Akhirnya kedua ibu
bapanya dapat bersatu kembali.
b) Gigih.
Iman Zulaikha seorang yang kuat
berusaha dan gigih dalam melakukan sesuatu
tugasan yang diberikan guru
kepadanya. Buktinya beliau telah gigih berlatih
bersungguh-sungguh untuk menyertai
pertandingan pidato peringkat sekolah dan
daerah. Akhirnya beliau telah berjaya
memenangi pertandingan tersebut dan menjadi
Johan.
c) Pemaaf.
Iman Zulaikha merupakan seorang yang
pemaaf. Dia sanggup memaafkan kesalahan
kawan sekelasnya, Linda yang telah
banyak menyakiti hati dan perasaannya. Dia
turut memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga hatuh tangga
dan mengambil diari serta teks
pidatonya sebelum pertandingan.